Sunday, September 14, 2008

Insiden Terbaru di Seksyen 27, Shah Alam

Salam,

Tuan-tuan,

Insiden Terbaru di Seksyen 27, Shah Alam

Sila ambil perhatian dan sentiasa berhati-hati.

Ketika solat subuh hari ini di Masjid Al-Munawwarah, seorang muslimat telah kehilangan beg tangan yang mana kunci kereta turut hilang. Beg tersebut telah diletakkan di hadapan beliau ketika sembahyang subuh. Kecurian itu berlaku ketika sedang sujud rakaat kedua. Beberapa muslimat ada terperasan seorang lelaki yang berpakaian hitam telah lalu di hadapan saf muslimat ketika sedang sujud rakaat kedua. Adalah dipercayai lelaki berpakaian hitam itu telah mencuri beg tersebut. Apapun pastikan anda semua menjaga keselamatan diri serta barang berharga.

Sekian. Harap maklum.

Wassalam,

Sazali bin Saad
012-6516455

Tuan-tuan,

Berikut adalah 2 insiden yang berlaku dalam bulan September di Seksyen 27 untuk kita ambil perhatian dan berhati-hati.

Insiden Pertama

Pada hari Sabtu lalu berlaku kes curi masuk rumah pada awal pagi dan pecah kereta berdekatan Surau Addin. Sebuah lap top dan handphone didapati hilang.

Insiden Kedua

Maklumat daripada En Khairil Fithri Md. Hatah, SU Persatuan Penduduk Freesia

Untuk dikongsi bersama:-

Rumah En. Subra (8, 27/51) telah diceroboh masuk oleh seorang yang tidak dikenali lebih kurang 8.40pm pada hari Rabu (03/09/2008). Pada waktu kejadian hanya anak perempuan beliau (Balu, 17 tahun) berada di rumah. 2 orang lelaki India yang tidak dikenali telah datang ke rumah beliau. Mereka telah membunyikan loceng rumah. Seorang lelaki menuggu di atas motor di luar manakala seorang lelaki lagi sedang menungu di pagar kecil (tidak berkunci) di hadapan rumah.

Apabila mendengar bunyi loceng tersebut, anak perempuan beliau telah membuka pintu rumah dan pagar untuk melihat siapa yang datang. Pada ketika itu, lelaki yang sedang menunggu di pintu pagar kecil tersebut telah terus meluru masuk dan menolak anak perempuan beliau masuk ke dalam rumah. Lelaki tersebut telah mengejar anak perempuan beliau hingga ke dapur. Mujurlah anak perempuan beliau dapat melepaskan diri apabila beliau membaling laci almari di dapur kepada lelaki tersebut.

Setelah itu beliau terus meluru lari keluar rumah ke padang di hadapan rumah. Lelaki tersebut telah mengejar beliau hingga ke padang. Namun, kerana terdapat sekumpulan remaja yang sedang melepak di padang, lelaki tersebut telah berhenti daripada mengejar anak perempuan beliau dan beredar pergi. Laporan polis telah dibuat oleh keluarga En. Subra dan 2 kereta peronda polis telah datang ke rumah beliau untuk menyiasat kes pencerobohan tersebut.
Semua penduduk diminta sentiasa berhati-hati.

p/s Our security services only start at 10.00pm

Regards,
Khairil Fithri Md. Hatah
Setiausaha
Persatuan Penduduk Freesia
H/P: +60-19-211 5709

No comments: