Salam sejahtera kepada semua warga Aster.
Adalah dimaklumkan bahawa Encik Sazali telah berbincang dengan De Palma Hotel dan tarikh pembayaran untuk Hari Raya Gathering telah dilanjutkan kepada 30/9/2008.
Berikutan dengan itu, kami berharap warga Aster dapat memberikan response bagi membolehkan kita semua menjayakan majlis sambutan Hari Raya seperti yang telah dirancang.
Warga Aster yang ingin menyertai boleh membuat pembayaran kepada:-
Tuan Hj Hashim Hamzah (019-2339222)
En. Zulhilmi Zainul Abidin (012-2407212)
En. Mohd Zaini Arshad (019-2184120)
En. Jaafar Zahri (012-9271127)
dan En. Sazali Saad (012-6516455)
Penyertaan tuan-tuan dalam majlis tersebut amatlah dialu-alukan.
Sekian, harap maklum
Zulhilmi Zainul Abidin
012-2407212
Persatuan Penduduk Shah Alam
.
(Reg No: 1824-04-7) "Penduduk Bersatu, Hidup Bermutu"
Friday, September 19, 2008
Wednesday, September 17, 2008
Program YB Shuhaimi & Masjid Munawwarah
Assalamualaikum;
Tuan-tuan,
Adalah dimaklumkan bahawa pada 25hb Sept. 2008, YB Shuhaimi dengan kerjasama Masjid Munawwarah akan mengadakan majlis dengan atur-cara berikut:-
6.00 petang - Ketibaan para jemputan
6.30 petang - Hadirin mengambil tempat
Bacaan yasin dan tahlil
7.15 malam - Berbuka puasa bersama YB Shuhaimi
7.30 malam - Solat Maghrib
7.40 malam - Ucapan aluan
Ucapan YB Shuhaimi
Penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin
Penyertaan dan kehadiran tuan-tuan dalam majlis tersebut di atas amatlah dialu-alukan.
Sekian. Terima Kasih
Hj.Hashim Hj.Hamzah
"Protem" Setiausaha
Masjid Al-Munawwarah.

Tuesday, September 16, 2008
ASTER HARI RAYA GATHERING
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan-tuan,
Untuk mengeratkan silaturrahim antara warga Aster, Persatuan Penduduk Aster pertama kalinya akan mengadakan ASTER HARI RAYA GATHERING (JAMUAN RAYA) pada 17hb Oktober 2008 (Jumaat) bermula jam 8.00 malam di De Palma Hotel, Shah Alam. Oleh itu persatuan ingin menjemput tuan-tuan sekeluarga untuk menyertai majlis tersebut. Bayaran adalah seperti berikut;
Dewasa - RM35.00 seorang;
Kanak-kanak ( 5 hingga 12 tahun); RM25.00 seorang.
Warga Aster yang ingin menyertai boleh membuat pembayaran sebelum 22 hb September 2008 kepada;
Tuan Hj Hashim Hamzah (019-2339222)
En. Zulhilmi Zainul Abidin (012-2407212)
En. Mohd Zaini Arshad (019-2184120)
En. Jaafar Zahri (012-9271127)
dan En.Sazali Saad
Harap maklum bahawa jumlah penyertaan adalah terhad kepada 100 orang. Penyertaan tuan-tuan dalam majlis tersebut amatlah dialu-alukan.
Disini AJK Persatuan mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri kepada semua warga Aster beragama Islam. Maaf Zahir Batin.
Wassalam
Sazali bin Saad
012-6516455.

Sunday, September 14, 2008
Insiden Terbaru di Seksyen 27, Shah Alam
Salam,
Tuan-tuan,
Insiden Terbaru di Seksyen 27, Shah Alam
Sila ambil perhatian dan sentiasa berhati-hati.
Ketika solat subuh hari ini di Masjid Al-Munawwarah, seorang muslimat telah kehilangan beg tangan yang mana kunci kereta turut hilang. Beg tersebut telah diletakkan di hadapan beliau ketika sembahyang subuh. Kecurian itu berlaku ketika sedang sujud rakaat kedua. Beberapa muslimat ada terperasan seorang lelaki yang berpakaian hitam telah lalu di hadapan saf muslimat ketika sedang sujud rakaat kedua. Adalah dipercayai lelaki berpakaian hitam itu telah mencuri beg tersebut. Apapun pastikan anda semua menjaga keselamatan diri serta barang berharga.
Sekian. Harap maklum.
Wassalam,
Sazali bin Saad
012-6516455
Tuan-tuan,
Berikut adalah 2 insiden yang berlaku dalam bulan September di Seksyen 27 untuk kita ambil perhatian dan berhati-hati.
Insiden Pertama
Pada hari Sabtu lalu berlaku kes curi masuk rumah pada awal pagi dan pecah kereta berdekatan Surau Addin. Sebuah lap top dan handphone didapati hilang.
Insiden Kedua
Maklumat daripada En Khairil Fithri Md. Hatah, SU Persatuan Penduduk Freesia
Untuk dikongsi bersama:-
Rumah En. Subra (8, 27/51) telah diceroboh masuk oleh seorang yang tidak dikenali lebih kurang 8.40pm pada hari Rabu (03/09/2008). Pada waktu kejadian hanya anak perempuan beliau (Balu, 17 tahun) berada di rumah. 2 orang lelaki India yang tidak dikenali telah datang ke rumah beliau. Mereka telah membunyikan loceng rumah. Seorang lelaki menuggu di atas motor di luar manakala seorang lelaki lagi sedang menungu di pagar kecil (tidak berkunci) di hadapan rumah.
Apabila mendengar bunyi loceng tersebut, anak perempuan beliau telah membuka pintu rumah dan pagar untuk melihat siapa yang datang. Pada ketika itu, lelaki yang sedang menunggu di pintu pagar kecil tersebut telah terus meluru masuk dan menolak anak perempuan beliau masuk ke dalam rumah. Lelaki tersebut telah mengejar anak perempuan beliau hingga ke dapur. Mujurlah anak perempuan beliau dapat melepaskan diri apabila beliau membaling laci almari di dapur kepada lelaki tersebut.
Setelah itu beliau terus meluru lari keluar rumah ke padang di hadapan rumah. Lelaki tersebut telah mengejar beliau hingga ke padang. Namun, kerana terdapat sekumpulan remaja yang sedang melepak di padang, lelaki tersebut telah berhenti daripada mengejar anak perempuan beliau dan beredar pergi. Laporan polis telah dibuat oleh keluarga En. Subra dan 2 kereta peronda polis telah datang ke rumah beliau untuk menyiasat kes pencerobohan tersebut.
Semua penduduk diminta sentiasa berhati-hati.
p/s Our security services only start at 10.00pm
Regards,
Khairil Fithri Md. Hatah
Setiausaha
Persatuan Penduduk Freesia
H/P: +60-19-211 5709

Saturday, September 13, 2008
Mesyuarat Persatuan Penduduk
Salam Sejahtera,
Semua Ahli Jawatan Kuasa Penduduk Aster,Sekyen 27 diminta hadirkan diri ke Mesyuarat yang telah ditetapkan pada hari Ahad 14/9/2008 2008 jam 5.00 petang bertempat di Pejabat Pemaju Hartanah SPS Setia Sdn Bhd (bersebelahan KUMON) untuk membincangkan agenda-agenda seperti yang telah tertera di dalam Blog.
Kerjasama anda untuk menghadirkan diri sangat-sangat dihargai.

Friday, September 12, 2008
Majlis Berbuka Puasa
Assalamualaikum WMT,
Semua warga Muslimat dan Muslimin Aster dijemput hadir untuk majlis berbuka puasa bersama Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr. Mariah pada 13/9/2008 bertempat di Masjid Al-Munawwarah, Seskyen 27 Shah Alam.
Kehadiran anda adalah dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, September 10, 2008
Kecurian
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada 3hb September, 2008 dua lelaki telah memecah masuk sebuah rumah di Jalan 27/51.
Kejadian kedua pula berlaku pada hari Sabtu 6hb September 2008, di antara jam 1 - 3 pagi, sebuah rumah berhampiran Surau Addin telah dipecah masuk. Di tempat yang sama juga sebuah kereta telah dipecahkan cerminnya. Lap top & handphone telah didapati hilang.
AJK Persatuan Penduduk Aster, Seksyen 27 berharap agar semua penduduk Aster lebih berhati- hati.
Terima kasih
Haji Hashim Hamzah

Sunday, September 7, 2008
Notis Mesyuarat - 14 September 08
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan-tuan,
Mesyuarat AJK Aster akan diadakan pada 14hb Sept 2008 (Ahad) jam 5.00 ptg di pejabat En Zakaria Muda, SPS Setia Sdn Bhd, 48A, Jalan Kota Raja M27/M, Seksyen 27, Shah Alam (bersebelahan Kumon).
Agenda mesyuarat ;
1. Pengenalan blog persatuan < asters27.blogspot.com>
2. Kawalan keselamatan pada cuti Hari Raya Idilfitri
3. Hal lain-lain
Oleh itu, kehadiran tuan-tuan amatlah dihargai untuk kita membincangkan perkara-perkara di atas.

Ahli Jawatankuasa
Saturday, September 6, 2008
Pengenalan
Subscribe to:
Posts (Atom)