Tuesday, April 22, 2014

Jom Masak Sambil Bermesra

RED VELVET CUPCAKE

Wanita Aster
Jom Masak Sambil Bermesra
Untuk pengetahuan anda, aktiviti ini merupakan aktiviti pertama bagi “Wanita Aster”.
Kelas memasak ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama kaum wanita sekitar kawasan Aster.
Kedatangan anda untuk menyertai program ini amatlah dialu-alukan kerana ianya merupakan peluang yang terbaik untuk kita mengenali / beramah mesra diantara satu sama lain.

Berikut adalah butiran untuk kelas tersebut:-
Tarikh: 1st May 2014 (Khamis)
Masa: 9.00am ~ 11.00am
Bayaran: RM30 seorang (RM10 untuk masakan & RM20 untuk tabung aktiviti wanita Aster)
Tempat:
No. 32, Jalan Sungai Pajam 27/58,
Taman Bunga Negara,
40400 Shah Alam, Selangor.
Resepi:
1) Hokkaido Hazelnut Cupcake.
2) Red Velvet Cupcake.
Pendaftaran: Sila SMS nama anda ke 012-6435749 (Pn. Rosni –Wakil Wanita Aster) sebelum 28 April 2014 untuk pengesahan.

Kedatangan anda saya dahului dengan ucapan, Terima Kasih.

Pn Rosni Naim
AJK Wanita Aster

Persatuan Penduduk Shah Alam
HOKKAIDO HAZELNUT CUPCAKE

Untuk Maklumat Terkini Sila Like

Sunday, April 20, 2014

Gerak Advokasi Denggi Shah Alam: ZON 10 MBSA

20 APRIL 2014:

#Gerak #Advokasi #Denggi Shah Alam: 
Ahli Majlis MPP ZON 10 MBSA, En Jaberi Bin Ami Turun Padang Bertemu Penduduk Aster.

Fokus penerangan pada 4C:
- cari & musnah
- cara elak gigitan
- cepat dpt rawatan
- cakap tidak pada fogging haram
Fokus masalah tempat pembiakan:
- air jernih
- air bertakung
- air tpt teduh
- tempat tertutup
Info di atas dari taklimat pegawai kesihatan, Encik Badrul.
 






Hj Hashim: En Jaberi: Hj Sazali: En Adnan

 En Jaberi & Kakitangan MBSA

Hj Hashim: En Jaberi: En Ridzuan: Pn Mazuin


En Jaberi Bertemu Penduduk Aster


Hj Hashim: Hj Sazali: En Fazli


Hj Jaafar: En Nadzri: Hj Sazali


Hj Jaafar & Hj Sazali


En Jaberi Ami Dan Penduduk Aster


En Adnan Dan Petisyen Penduduk

AJK Persatuan Penduduk Aster Bersama En Jaberi Bin Ami

Lebih Banyak Gambar Di Sini

Persatuan Penduduk Shah Alam Persatuan Penduduk 

Saturday, April 19, 2014

Gerak Advokasi Denggi Shah Alam: Pengumuman




Salam Warga Aster,



Besok 20 April 2014 (Ahad) akan diadakan program Gerak Advokasi Denggi Shah Alam anjuran MBSA melibatkan persatuan penduduk. Mulai jam 9.00 pagi esok, MBSA & AJK Aster akan mengedarkan risalah denggi dan memeriksa kawasan perumahan Aster. Oleh itu, pastikan persekitaran rumah & belakang rumah bersih dari air bertakung.

Sekian. Terimakasih.

Friday, April 11, 2014

Gerak Advokasi Denggi Shah Alam




Gerak Advokasi Denggi Shah Alam
Wakil penduduk Aster TH Sazali dan TH Jaafar telah hadir ke taklimat program Gerak Advokasi Denggi Shah Alam oleh Pengerusi MPP Zon 10, En Jaberi Bin Ami. Tujuan gerak ini utk memberi kesedaran terhadap bahaya demam denggi melibatkan pemimpin masyarakat dalam membenteras wabak denggi. 

Program ini akan diadakan pd 20 Apr 14 di Dewan MBSA (depan surau Addin).

Berikut adalah statistik kes demam denggi di Malaysia dari Jan hingga 8 Mac 14. 

1. Jumlah kes demam denggi yg dilaporkan adalah 20,066 berbanding 4,760 pd 2013 -peningkatan 322%
2. Jumlah kematian adalah 63 org.
3.  8 lokasi hotspot denggi di Shah Alam;
     - Seksyen 20 Flat PKNS A.
     - Seksyen 7 Flat A.
     - Seksyen U10 Alam Budiman.
     - Seksyen 7 Pangsapuri Baiduri.
     - Seksyen 13 Apartment Baiduri.
     - Seksyen 7 Flat C.
     - Seksyen 27 Flat J.
     - Seksyen U16 Bukit Subang

Sumber: SU TH Sazali.

------------------------------------------------------------------------------------

MBSA anjur Advokasi Denggi, kaedah tingkat kesedaran masyarakat

Oleh : LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 30 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menganjurkan program khas, Gerak Advokasi Denggi Shah Alam 2014 dalam usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan bahaya denggi.
Program itu akan membabitkan penyertaan ahli majlis, pemimpin masyarakat, majlis perwakilan pelajar institut pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO) dan warga kerja MBSA.
Kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBS berkata, semua  yang terbabit akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dengan anggaran sepuluh orang bagi setiap kumpulan.
“Kumpulan kecil ini akan bergerak dari rumah ke rumah dengan dibekalkan tag pengenal diri iaitu button badge, t-shirt dan risalah pencegahan denggi.
MBSA“Kita juga sudah mencetak 250,000 risalah berkenaan pencegahan denggi untuk diedarkan kepada orang ramai,” katanya.
Program yang dijangka bermula pada bulan April ini juga membabitkan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Bermula awal tahun hingga 22 Mac lalu, 2607 kes demam denggi dilaporkan di kawasan MBSA.
Dalam tempoh itu, MBSA mengadakan pemeriksaan ke atas 22,652 premis termasuk kediaman, rumah kedai, sekolah, tadika dan restoran.
Selain itu, MBSA turut melakukan aktiviti fogging di 243,913 premis selain mengeluarkan 149 kompaun di bawah Akta kerajaan Tempatan 1976 kerana membiak jentik-jentik aedes.
-NFN-
Sumber: http://bm.selangorku.com/48071/mbsa-anjur-advokasi-denggi-kaedah-tingkat-kesedaran-masyakarat/

Monday, April 7, 2014

FACEBOOK PERSATUAN PENDUDUK ASTER

FACEBOOK PERSATUAN PENDUDUK ASTER

Sila like fanpage berikut untuk mendapat perkembangan terbaru mengenai persatuan


Fanpage Persatuan Penduduk Aster


Persatuan Penduduk Shah Alam Persatuan Penduduk Selangor