Wednesday, May 26, 2010

MESYUARAT AJK

Salam Tuan-Puan,

Disebabkan ramai AJK yang tidak dapat hadir ke mesyuarat pada 27 Mei ini, maka mesyuarat telah dipinda kepada 1 Jun 2010 (Selasa) jam 9 malam di tempat yang sama (SPS Setia Sdn Bhd).


Harap maklum.


Sekian. Terimakasih

Wassalam

Sazali bin Saad

Tuesday, May 25, 2010

MESYUARAT AJK




Salam Tuan-Puan,

Tahniah kepada Tuan-Puan yang telah dilantik ke dalam ahli jawatankuasa 2010-12 Persatuan Penduduk Aster. Pihak persatuan juga ingin mengucapkan terimakasih kepada AJK dan warga Aster yang terlibat dalam menjayakan Hari Keluarga Aster pada Sabtu lepas.

Berikutan dengan ini, satu mesyuarat AJK Aster akan diadakan pada 27 Mei (Khamis) jam 9.00 malam di SPS Setia Sdn Bhd (ofis En Zakaria Muda) yang terletak bersebelahan Kumon.

Agenda adalah seperti berikut;
1. Ucapan Pengerusi
2. Laporan Home guard .Kutipan Hari Keluarga.
3. Perbelanjaan Hari Keluarga Aster 2010.
4. Penyerahan tugas dokumen Bendahari lama kepada yang Baru.
5. Laporan kepada ROS
6. Organisasi dan tugas AJK 2010-2012
7. Hal-hal Lain.
Kehadiran Tuan-Puan dalam mesyuarat ini adalah diwajibkan. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 012-6516455 atau Tn Hj Hashim 019-2339222.

Sekian. Terimakasih.

Wassalam
SAZALI BIN SAAD

Persatuan Penduduk Shah Alam

Sunday, May 16, 2010

Hari Keluarga Aster dan Mesyuarat Agung Tahunan

Salam Warga ASTER yang di hormati.


Setakat hari ini hanya 53 / 182 telah membayar Hari Keluarga 2010.
Kerja sama tuan - tuan untuk memeriahkan dan mengeratkan salitul rahim sesama kita amat dihargai.

Tolong war-war kan kepada jiran kita dengan hanya membayar RM25 satu keluarga.

Sumbangan cenderahati untuk kanak-kanak dan lucky draw masih diterima.

Sila hubungi Setiausaha ASTER En.Sazali atau Ketua Jalan untuk bayaran RM25.00

Nota : AGM Aster - Pilihlah Pengerusi BARU untuk menerajui Persatuan Penduduk Aster 2010-2012.

Kerjasama tuan-tuan amat lah di hargai.

Wassalam.

Hj.Hashim


Monday, May 10, 2010

Hari Keluarga Aster dan Mesyuarat Agung Tahunan

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Aster, Seksyen 27, Shah Alam akan mengadakan Hari Keluarga Aster dan Mesyuarat Agung Tahunan pada 22 hb Mei 2010 (Sabtu) bermula jam 8.00 malam di depan stesen TNB Jalan 27/55.

Untuk memeriahkan Hari Keluarga Aster, beberapa acara untuk kanak-kanak Aster seperti Asterace, pertandingan melukis dan mewarna akan diadakan. Acara tersebut akan bermula jam 8.00 pagi pada 22 hb Mei 2010 di depan stesen TNB Jalan 27/55. Untuk penyertaan acara-acara tersebut, sila hubungi Puan Ema @ 012-6671 888