Sunday, September 13, 2009

Penambahan Masa Kawalan Homeguard

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

1. Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba, Persatuan bercadang untuk menambah masa kawalan Homeguard Security daripada 8 jam kepada 24 jam selama 3 hari (20 hingga 22 Sept 2009). Kos sebanyak RM503.20 akan diambil dari akaun persatuan. Oleh itu persetujuan AJK-AJK adalah perlu untuk kita melaksanakan masa kawalan tambahan ini. Sila reply selewat-lewatnya besok 15hb Sept 2009 jika ada cadangan lain atau tidak bersetuju dengan cadangan ini. Jika tiada bantahan diterima selewat-lewatnya besok, persatuan akan meneruskan perlaksanaan masa kawalan tambahan oleh Homeguard.

2. Seperti tahun lepas, persatuan akan mengadakan majlis Hari Raya Keluarga Aster. Utk makluman, majlis tahun lepas telah diadakan di Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam. Oleh itu sebarang pandangan dan cadangan untuk majlis tahun ini tentang tempat, tarikh, masa dan bayaran penyertaan amatlah dialu-alukan.

Dikesempatan ini juga saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya kepada AJK yang beragama Islam dan keluarga masing-masing dan kepada AJK bukan Islam selamat bercuti. Maaf Zahir Batin.

Sazali bin Saad
012-6516455