Tuesday, October 28, 2008

Update on Hari Keluarga Aster

Hasil perbincangan pada Mesyuarat pada 28/10/2008, maka kami AJK Persatuan Penduduk telah antara lain bersetuju di atas perkara-perkara berikut:-

1. Peruntukan makanan sebanyak RM1,000-00 telah diluluskan dan warga wanita Aster telah dipertangungjawabkan untuk menyediakan makanan pada malam tersebut,
2. Petugas bagi penyediaan bahan minuman telah dilantik dan dipersetujui;
3. Sumbangan cenderhati untuk para tetamu jemputan sebanyak 20 buah akan disediakan oleh Encik Zaini kita;
4. MC pada malam itu akan dikendalikan oleh Encik Kushairi & Puan Wan Munirah;
5. Surat jemputan kepada para tetamu akan diuruskan oleh Encik Sazali;
6. Setiap keluarga Aster dikehendaki membayar sebanyak RM50 (RM25 yuran tahunan & RM25 yuran aktiviti serta jamuan) secepat mungkin kepada Bendahari (Mr. Arul Raj), ketua jalan atau wakil Homeguard yang dilantik oleh Persatuan tetapi kami akan membuka kaunter bayaran pada malam acara; dan
7. Acara cabutan bertuah akan diadakan tetapi tertakluk kepada sumbangan "Hamper" yang akan diterima, oleh itu kami mengalu-alukan sumbangan dari warga Aster untuk memeriahkan lagi Hari Keluarga Aster, 2008.

Bagi memastikan Hari Keluarga berjalan lancar kami akan mengadakan acara gotong royong pada hari SABTU 8/11/2008 seperti berikut:-

1. Semua kaum Ibu warga Aster dikehendaki hadir di rumah tuan Haji pada jam 11.30 pagi untuk membantu urusan penyediaan bahan makanan; dan
2. Semua kaum Bapa & Encik Rajoo perlu berada di simpang TNB jam 9.00 pagi untuk penyediaan khemah & pentas.

Sekian, buat maklumat warga Aster. Semua perkembangan lanjut akan diberitahu dari masa ke semasa.

Persatuan Penduduk Shah Alam

Monday, October 27, 2008

Hari Keluarga Aster

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan-Puan,

Satu mesyuarat susulan tentang Hari Keluarga Aster 2008 akan diadakan pada hari ini Selasa 28hb Oktober jam 9.00 malam di pejabat En Zakaria Muda, SPS Setia Sdn Bhd, 48A, Jalan Kota Raja M27/M, Seksyen 27, Shah Alam (bersebelahan Kumon). Untuk maklumat Hari Keluarga Aster 2008 akan diadakan pada 8 November 2008 (Sabtu) jam 8.30 malam di simpang Jalan 27/55 dan 27/57 (dekat stesen TNB).

Kehadiran tuan-puan amatlah dialu-alukan untuk menjayakan majlis tersebut.

Sekian.Terima-kasih.

Friday, October 24, 2008

Hari Keluarga Aster 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan-tuan,

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Aster telah bersetuju untuk mengadakan Hari Keluarga Aster 2008 pada 8 hb November depan di simpang Jalan 27/55 dan 27/57(dekat stesen TNB). Setiap warga Aster akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 dan bayaran akan dikumpulkan oleh Homeguard Security dalam masa yang terdekat. Dikesempatan ini kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan sama ada dari segi kewangan, tenaga, idea, makanan, hamper atau apa-apa jua sumbangan bagi menjayakan Hari Keluarga Aster. Warga Aster boleh menghubungi mana-mana AJK Persatuan Penduduk seperti yang tertera di dalam BLOG. Maklumat lanjut berkenaan Hari Keluarga Aster akan dikemas kini dari masa kesemasa.

Sekian. Terima-kasih.

Sazali bin Saad
012-6516455

Kuliah Syeikh Noeruddin & Jamuan Raya Masjid Al-Munawwarah MALAM INI

Just a quick reminder to everybody again that the Kuliah Syeikh Noeruddin will be held at the mosque after theMaghrib prayer today.....

BAGI MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI, PETUGAS RAMADHAN DAN
SEMPENA 'IDUL FITRI 1429 H
MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Sunday, October 19, 2008

Penghargaan

Kami, AJK Persatuan Penduduk Aster ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama warga Aster yang telah menjayakan "Aster Raya Gathering, 2008" di Dewan Anggerik 1, Hotel De Palma, Shah Alam pada 17/10/2008 jam 8.00 malam. Kami percaya sedikit sebanyak ikatan ukwah sesama warga Aster dapat dirapatkan melalui acara begini. Melalui perjumpaan begini, kami juga dapat melihat bakat terpendam warga dan anak-anak Aster melalui acara karaoke.

Kami berharap acara begini dapat dijadikan tradisi warga Aster setiap tahun. Dikesempatan ini juga kami tidak lupa memberikan penghargaan kepada kepada warga Aster yang telah menyumbangkan pelbagai bentuk dana, sumbangan, tenaga serta idea bagi memeriahkan majlis. Apa-apa pun setiap keluarga Aster telah pulang dengan gembira kerana "acara cabutan" bertuah tetap dimenangi oleh setiap keluarga Aster.


Salam penghargaan dari:-
Tuan Pengurusi & AJK
Persatuan Penduduk Aster




Wednesday, October 8, 2008

Maklumat Terkini Majlis Hari Raya

Adalah dimaklumkan bahawa setelah dipertimbangkan sebaik mungkin, kami AJK Aster telah bersetuju untuk mengadakan semula majlis sambutan Hari Raya di De Palma Hotel, Shah Alam pada 17/10/2008 jam 8.00 malam seperti yang dirancang. Oleh yang demikian, kami berharap warga Aster dapat menjelaskan bayaran secepat mungkin (pada atau sebelum 15/10/2008). Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:-
Dewasa - RM35-00 seorang ;
Kanak-kanak ( 5 hingga 12 tahun) ; RM25-00 seorang.

Sila hubungi AJK-AJK di bawah untuk pembayaran:-
Tuan Hj Hashim Hamzah (019-2339222)
Encik Zulhilmi Zainul Abidin (012-2407212)
Encik Mohd Zaini Arshad (019-2184120)
Encik Jaafar Zahri (012-9271127); dan
Encik Sazali Saad (012-6516455).

Penyertaan tuan/puan adalah dihargai bagi meningkatkan lagi tali persaudaraan/perhubungan di antara kita. Adalah dimaklumkan juga kami bercadang untuk mengadakan pelbagai acara seperti cabutan bertuah dan juga duit raya bagi kanak-kanak. Warga Aster boleh memberikan apa-apa jua bentuk sumbangan/idea bagi memeriahkan majlis tersebut.
Sekian. Terima kasih.
Harap Maklum.

Tuesday, October 7, 2008

Pembatalan Jamuan Hari Raya

Adalah dimaklumkan bahawa "Majlis Jamuan Makan Malam Hari Raya Aster" pada 17/10/2008 di De Palma Hotel, Shah Alam terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan dari warga Aster. Dari 182 keluarga/unit rumah di kawasan perumahan Aster, hanya 5 keluarga sahaja yang membuat bayaran. 15 keluarga hanya memberi kata OK tanpa apa-apa bayaran sehingalah tarikh akhir.

Apa-apa pun, kami AJK Persatuan Penduduk Aster mengucapkan Salam Aidilfitri.

Sekian, harap maklum.

Monday, October 6, 2008

Jamuan Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Penyertaan untuk ASTER HARI RAYA GATHERING (JAMUAN RAYA) pada 17hb Oktober 2008 (Jumaat) bermula jam 8.00 malam di De Palma Hotel, Shah Alam akan dilanjutkan sehingga 7hb Oktober 2008. Bayaran adalah seperti berikut:-

Dewasa - RM35.00 seorang;
Kanak-kanak ( 5 hingga 12 tahun) ; RM25.00 seorang.

Sila hubungi AJK-AJK di bawah untuk pembayaran:-

Tuan Hj Hashim Hamzah (019-2339222)
Encik Zulhilmi Zainul Abidin (012-2407212)
Encik Mohd Zaini Arshad (019-2184120)
Encik Jaafar Zahri (012-9271127); dan
Encik Sazali Saad (012-6516455).

Masih terdapat kekosongan tempat. Oleh itu, penyertaan Tuan-tuan amatlah dialukan untuk memeriahkan majlis tersebut.

Sekian. Terima-kasih.
Sazali Saad